Pasukan Liga Super Sabah FA tidak jadi mengadakan perlawanan persahabatan di Kuching, Sarawak.

Ini adalah ekoran situasi Covid-19 di Kuching yang dilihat agak membimbangkan.

Selain daripada itu, ketetapan Kerajaan Sarawak untuk mengkuarantin sesiapa sahaja yang masuk ke Sarawak untuk 14 hari juga telah membawa kepada keputusan pembatalan perlawanan persahabatan pasuakan Sabah FA di Kuching.

“Kita telah membatalkan rancangan kita untuk mengadakan perlawanan persahabatan di Sarawak kerana kes jangkitan virus di kalangan pemain Kuching FA.  Situasi Sarawak kini tidak kelihatan bagus dengan bilangan kes yang ada. Ini adalah isu keselamatan” jelas Kurniawan Dwi Yulianto kepada The Star.

“Kita merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan tetapi ianya sukar kerana kita hanya prosedur MFL hanya membenarkan kita menentang pasukan Liga SUper dan Liga Premier.

“Kini tidak ada pasukan dalam kategori itu di Sabah, namun kita masih mencari jalan dan berkemungkinan mungkin terpaksa mengadakan perlawanan sesama pemain sendiri.” jelas Kurniawan lagi.

Pasukan SAbah FA sebelum ini telah merancang untuk bertemu dua pasukan Liga Premier di Kuching sebagai persediaan penyambungan semula Liga Malaysia 26 Ogos ini.