Pasukan bolasepak Malaysia yang dahulunya digelar ‘Harimau Malaya’ sempena spesis Harimau Malaya kini mendapat gelaran baru, yakni ‘Harimau Malaysia’.
Sesi pengumuman nama tersebut dilakukan hari ini oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan pihak FAM mengubah nama tersebut kepada ‘Harimau Malaysia’ bagi melambangkan bahawa skuad kebangsaan adalah milik semua warga Malaysia termasuk juga mereka di Sabah dan Sarawak.
Pelancaran nama baharu tersebut telah dilakukan oleh Presiden FAM, KDYTM Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah.
Selain daripada pengumuman gelaran baru pasukan bolasepak Malaysia, majlis hari ini turut menyaksikan FAM memperkenalkan empat penaja rasmi skuad kebangsaan yakni Telekom Malaysia (TM), Bank Islam, Nike dan 100PLUS.