Pasukan bertanding di LBR kurang disiplin?

Liga Bolasepak Rakyat (LBR) yang kini telah memasuki musim ketiga dilihat sebagai sebuah liga yang mampu mengetengahkan bukan sahaja pemain-pemain dari seluruh Malaysia, tetapi juga memperkenalkan bolasepak di peringkat kommuniti kerana ianya membabitkan pasukan-pasukan dari Daerah atau bahagian.

Sungguhpun demikian, hari ini, terdapat tuduhan dilemparkan oleh salah seorang jurulatih daripada LBR yang mendedahkan bahawa wujud beberapa perkara yang tidak harus berlaku di dalam sebuah pertandingan seumpamanya.

Menurut Ketua Jurulatih Miri FA, Hakimi Man, jadual LBR yang kini sedang berlangsung “boleh diubah oleh sesetengah pihak sesuka hati, dengan ada pasukan juga lambat menghadirkan diri ke perlawanan dan ada juga pasukan yang tidak tahu jadual perlawanan”.

Tambah Hakimi, wujud juga “pasukan yang ‘berbohong sunat’ dengan menurunkan pemain yang tidak mengikut syarat pertandingan”.

Dakwaan jurulatih berpengalaman itu sememangnya amat serius dan adalah agak menyedihkan sekiranya ianya benar.

Komen Hakimi tersebut hadir apabila beliau menyatakan perasaan tidak puas hati berkenaan kemungkinan perlawanan Miri dan Sibu ditunda pada saat akhir.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top