Pasukan ada dua tahun untuk membantah sebarang isu – FMLLP

Menurut pihak pengurusan Liga Malaysia, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), semua pasukan di dalam Liga Malaysia mempunyai dua tahun untuk membantah sebarang keputusan untuk sesebuah perlawanan.

Ini adalah berdasarkan penganugerahan tiga mata kepada Pahang baru-baru ini, dan juga penggunaan Artikel 44 Kod DisiplinĀ Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

FMLLP menyatakan bahawa Artikel 44 Kod Disiplin FAMĀ digunapakai untuk semua perlawanan Liga Malaysia, termasuk Liga Super dan Liga Premier di bawah kendalian FMLLP, dimana ianya menjelaskan bahawa sebarang bantahan berkenaan perlawanan tidak boleh dibawa lebih daripada dua tahun, dan sebarang hukuman tidak boleh dijatuhkan dalam tempoh enam tahun selepas kejadian.

article-44-famdc
Photo by FFT

Kevin Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, menegaskan bahawa Artikel 44 tersebut telah dijelaskan kepada semua pasukan pada awal musim di dalam taklimat pertandingan. Beliau turut menambah bahawa pihaknya tidak terlibat di dalam kes berkaitan disiplin dan protes kerana ianya terletak di bawah bidang kuasa FAM.

Penjelasan Ramalingam timbul berikutan kekecohan yang telah berlaku di dalam Liga Super yang menyaksikan Pahang terselamat daripada penyingkiran hasil daripada bantahan ke atas Kedah yang diterima oleh FAM, walaupun ianya dibuat selepas 72 jam dari perlawanan.

Hasil daripada bantahan tersebut, pasukan PDRM yang tersingkir ke Liga Premier pada musim hadapan, telah mengambil inisiatif untuk membuat bantahan terhadap JDT yang mereka percayai telah diturunkan secara tidak sah juga.

Bantahan PDRM, jika diterima, akan mengakibatkan JDT kehilangan status ‘tanpa kalah’ mereka pada musim ini, dan mengakibatkan PDRM terselamat dari penyingkiran.

Ianya juga bermakna pasukan Pulau Pinang akan secara automatik tersingkir ke Liga Premier pada musim hadapan, walaupun mereka sebelum ini telah terselamat ekoran kemenangan ke atas Terengganu.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top