Kuching City FC sekali lagi menghargai sokongan padu penyokongnya dengan memperkenalkan pakej City Loyal Season Pass bagi musim 2026/27. Tiket bermusim ini bukan sahaja menawarkan penjimatan berbanding pembelian tiket secara individu, malah hadir dengan pelbagai keistimewaan eksklusif untuk peminat setia The Cats.
Lima kategori tiket bermusim ditawarkan iaitu Diamond pada harga RM1,599, Platinum pada harga RM450, Gold berharga RM350, Platinum Lite berharga RM299, dan Gold Lite pada harga RM199.
Pass Diamond, Platinum Lite dan Gold Lite merupakan pass baharu, dengan kenaikan harga juga pada setiap pass juga diperhatikan untuk musim ini.
Walaubagaimanapun, kesemua pakej memberikan akses ke semua perlawanan Liga Super Malaysia di laman sendiri sepanjang musim, menjadikannya pilihan terbaik buat penyokong yang tidak mahu terlepas aksi Kuching City FC di Stadium Negeri, Kuching.
Bagi pemegang Diamond, mereka akan mendapat Kad Ahli Ekslusif Fizikal, tempat duduk VIP Grandstand bagi perlawanan tempat sendiri Kuching City FC di Liga Super, 1x Landyard KCFC, 1x Baju ekslusif, 1 jersi rasmi 2026/27 KCFC, 1 mafla rasmi kelab, 2 baucar bernilai RM10 untuk pembelian barangan rasmi KCFC, makan dan minum semaasa rehat perlawanan, tempat letak kenderaan khas serta perlindungain insurans semasa hari perlawanan.
Platinum pula akan menyaksikan mereka akan menikmati tempat duduk berbumbung, kad fizikal khas, baucar bernilai RM20 dan barangan rasmi kelab seperti lanyard, dan jersi rasmi. Seperti Diamond pass, pemegang pass akan mendapat perlindungan insurans kumpulan bernilai RM10,000 pada hari perlawanan di laman sendiri.
Sementara itu, pakej Gold menawarkan tempat duduk terbuka, kad ahli fizikal, lanyard, jersi kelab, baucher bernilai RM20, serta perlindungan insurans kumpulan.
Bagi penyokong yang mahukan pilihan lebih mampu milik, Platinum Lite pada harga RM299 masih memberikan akses tempat berbumbung ke semua perlawanan Liga Super di laman sendiri serta pas digital. Pass Gold Lite yang berharga RM199 pula memberikan akses tempat duduk terbuka kepada semua perlawanan tempat sendiri Liga Super dan pass masuk digital.
Penyokong yang berminat mendapatkan tiket bermusim boleh membuat pembelian melalui platform tiket rasmi Kuching City FC. (tickets.kuchingcityfc.com)
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



![MSL: Sarawak FA 2-3 PDRM FA [UPDATED]](https://i0.wp.com/www.sarawakcrocs.com/wp-content/uploads/2015/08/Sarawak-vs-pdrm-2015.jpg?resize=300%2C160&ssl=1)