Kelab bola sepak Sarawak hari ini mengsahkan Petrus Shitembi akan kekal di Stadium Taha Ariffin untuk musim akan datang.

Berita pengekalan pemain tengah tersebut disambut baik peminat bola sepak Sarawak yang rata-rata mahu melihat Shitembi terus kekal mengemudi bahagian tengah the Cats.

Hala tuju Shitembi sebelum ini menjadi tanda tanya pelbagai pihak selepas nama beliau tidak tersenarai di dalam senarai pemain yang dikekalkan untuk musim hadapan oleh Kuching City biarpun sebanyak 28 pemain sudah disahkan di dalam squad kempen 2026/27.

Sungguhpun demikian, pengesahan pihak Kuching City bahawa beliau akan terus menyarung jersi hijau putih itu pasti melegakan ramai peminat beliau.