Negeri Sembilan JUARA Liga Premier, Sarawak United kedua

Kelab bolasepak Negeri Sembilan telah mengesahkan kejuaraan Liga Premier mereka malam ini tadi setelah menewaskan PDRM 4-2 di tempat sendiri.

Kemenangan itu memberi Negeri Sembilan cukup mata untuk terus mengekalkan kedudukan mereka di tangga teratas liga, sekaligus menyaksikan pasukan bimbingan K. Devan itu meraih gelaran juara Liga Premier, mengatasi pencabar terdekatnya, Sarawak United.

Sementara itu, Sarawak United seri menentang JDT II, sekaligus mengesahkan mereka tidak akan mampu menyaingi mata Negeri Sembilan.

// DISKAUN HINGGA 42% UNTUK JAM PINTAR HUAWEI

Ini bermakna pasukan bimbingan E. Elavarasan itu terpaksa berpuas hati di tempat kedua Liga Premier.

Biarpun demikian, Sarawak United boleh berbangga kerana telah berjaya melayakkan diri ke Liga Super musim hadapan dan akan mengiri negeri Sembilan bermain di liga bola sepak tertinggi di Malaysia.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top