Penyerang import Sarawak, Ndumba Makeche telah membayangkan bahawa beliau mahu rakan sepasukannya Gilmar da Silva Filho kekal di Stadium Negeri.
Menurut Makeche, gandingan beliau bersama Gilmar sudah kian serasi, khususnya di bawah pimpinan jurulatih David Usop, dan beliau berharap keserasian ini dapat diteruskan apabila Liga Malaysia bersambung selepas rehat bulan Ramadan kelak.
Kedudukan Gilmar dan Makeche buat masa ini masih menjadi tanda tanya kerana wujud spekulasi bahawa pihak Persatuan Bolasepak Sarwak (FAS) sedang meneliti kemungkinan menggantikan pemain-pemain import Sarawak apabila pintu perpindahan pemain bagi bulan Jun dibuka.
Sungguhpun demikian, jurulatih sementara Sarawak, David Usop telah memberi bayangan bahawa beliau lebih suka mengekalkan kesemua pemain import sedia ada sehingga akhir musim.