Dengan ramai peminat bolasepak Sarawak FA memandang negatif logo maskot bolasepak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), pencarian logo baharu untuk FAS nampaknya semakin giat dibuat.
Beberapa pereka grafik tempatan dan luar Sarawak telah cuba mencipta logo FAS, namun belum ada yang betul-betul memikat jiwa sehingga hari ini.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook bernama Fyzan Mohtar telah berkongsi beberapa gambar yang beliau panggil sebagai ‘Projek Sarawak FA’, memberi indikasi bahawa mungkin beliau telah diminta untuk mereka bentuk logo baharu FAS.
Logo yang menampakkan burung kenyalang itu nampak menarik dengan ciri-ciri lama loga asal FAS masih kelihatan. Setiap simbol pada logo berkenaan juga mempunyai maksud tersendiri,menjadikannya lebih unik.
Buat masa ini, pihak kami tidak tahu samada ini adalah logo baharu FAS, namun jika senarai ‘kawan facebook’ Fyzan dijadikan ukuran, kemungkinan itu kelihatan agak besar ekoran beberapa rakan Facebook Fyzan yang turut bekerja di dalam persatuan tersebut.
Jika ini logo baharu FAS, apakah pandangan anda?