Pasukan bimbingan David Usop menunjukkan mereka memilik kelas yang berbeza dengan pasukan Liga Premier MISC-MIFA FC malam ini apabila dengan mudah menewaskan pasukan pelawat 6-3 di Stadium Negeri.
Pasukan Bujang Senang tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol apabila Mark Hartman mudah menewaskan penjaga gol MISC-MIFA, Khairul Izzuwan, untuk jaringan pertama perlawanan pada minit ke-11.
Belum sempat MISC-MIFA bernafas, penyerang import Mateo Roskam meletakkan Sarawak FA semakin selesa dengan gol kedua hasil hantaran pemain veteran Ronny Harun.
Pada minit ke-33, Ronny Harun pula menjaringkan gol selepas menyempurnakan hantaran Hafiz Abu Bakar, bagi mengakhiri perlawanan babak pertama dengan kedudukan 4-0 memihak tuan rumah.
Bersambung babak kedua, pasukan MISC-MIFA mendekatkan jurang jaringan melalui Oii Chee Kiong pada minit 56.
Sarawak FA walaubagaimanapun enggan mengalah, dan Mark sekali lagi menyempurnakan meledak gol dengan jaringan dengan sepakan cantik.
MISC-MIFA enggan mengalah, dan berjaya mendekatkan jurang dengan dua gol hasil sepakan penatil pada minit ke-69 dan 72, namun segala usaha pasukan pelawat itu untuk merapatkan jurang akhirnya tidak membawa erti apabila Mark menyempurnakan malam yang indah bagi Sarawak FA dengan jaringan ketiga beliau, empat minit sebelum perlawanan.
Kemenangan ini bermaksud Sarawak FA kini melangkah ke peringkat seterusnya di Piala FA, dengan lawan menanti bakal diundi semula.
FT Sarawak FA 6-3 MISC-MIFA
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



Play with heart.ayuh sarawak ku.kami disini kta mesti menang.
Berapa ekok pelanduk sambar leh si bujang ya tek…
Encang swk encang
Swk 4-0msc mifa
4-0 you you ! Steady jang !
Copy & paste Lok…Sik dapat buka
Teruskan rentak kemenangan ini
Nyk ia bulih…sayot sampei spetaaaaa
Nya ea bulih u u..
Awang Kazerul Kazri headline yaaa…haha
5-2 dah..hurmmm..Ayuh SARAWAK KU!!..
MIFA?team apewww 2??..
Malaysian Indian Football Association…ada betoi ka…agak2 la
Brp dah swk vs mifa
Lain mcm jk sarawak tok.. Ujung2 pandei seri klak
6 3 sudah
Tok main bol ka main PES? tok bok bujang senang sebenar. X alang2 bantey. Gohed ajak you you. Trus mansang, anang surut!
Def layapppp
Sarawak 6 Mifa 3 nanggar online.. Huhuhu.. Terbang Kenyalang Terbang.. lebarkan sayap mu… #bringituphightothesky
terbaekkkkkkk srwk
Udah aku madah pagi tek, lepas kan sikok pusak itam di Padang stadium ya sebelum kick off; baru keluar ‘Ngap Sayot’ ya….😇
Semgt dr alan vest,john hanter,david ivan.smgt ngap sayot.go srwk ku
arap dpt kekalkn rentak kemenangan d kubu sendiri d liga super juak.
Borneo tatap padu mantap ini kali la ayuh badak ayuh crocodail go go go
Buat kemenangan mcm ini untuk perlawanan pasukan kuat.
Benar, hanya itu yg kita harap
Terbaik Sarawak Team
Mun camya la sidak main d liga super nak ka best..bayangkan sarawak FA belasah jdt 6-3…perghhh mimpi indh kmk..
Pantek
kapal india akhirnya tenggelam, syabas Sarawak
Tahniah sarawak.
Tahniah swk..
Teruskn ngap habisan
[…] FA, defeating MISC-MIFA FC with a convincing 6-3 win a couple of weeks ago have secured their spot in the third round, and […]