MU bakal merasai kelincahan Nur Shamie

Berita baik telah dikhabarkan dari kem Bujang Senang apabila pemain lincah mereka, Nur Shamie Iszuan dikatakan sudah pulih sepenuhnya dari kecederaan kaki yang dialaminya, dan kini boleh beraksi malam ini.

Nur Shamie yang sebelum ini terlepas beberapa perlawanan kerana perlu pulih dari kecederaan ‘hamstring.

Dalam perkembangan sama, Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop memaklumkan akhbar Utusan Borneo bahawa suasana di bilik persalinan Sarawak FA amat positif kini berikutan kemenangan dua kali berturut-turut pasukan Sarawak FA.

Beliau dalam pada itu mahukan rentak kemenangan tersebut diteruskan dan berharap pemain beliau fokus untuk melayan kunjungan Melaka United (MU) malam ini.

David juga melahirkan kegembiraan bahawa beliau kini boleh menagih kelincahan Nur Shamie semula, dan berharap pasukan Bujang Senang akan mampu menang lagi malam ini.

Perlawanan malam ini akan berlangsung di Stadium Negeri pada jam 8:15PM.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top