Home Malaysian football Sarawak vs Perak: Datang awal, dan sumbangkan suara sahaja

Sarawak vs Perak: Datang awal, dan sumbangkan suara sahaja

Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) menggesa peminat yang datang ke Stadium Negeri malam ini untuk turun ke stadium awal dari kebiasaan kerana beberapa kawasan tempat letak kereta akan ditutup bagi tujuan pembinaan khemas Karnival Jom Heboh.

Menurut sumber berita, FAS mahu peminat bersedia menghadapi kesesakan yang bakal menjelang sebelum, dan selepas perlawanan Sarawak menentang Perak yang dijangka akan melihat jumlah penonton yang ramai.

FAS turut menyatakan bahawa kekurangan tempat meletak kereta bukan isu besar kerana terdapat banyak ruang lagi di sebelah Stadium Sarawak.

Dalam pada itu, Kelab Penyokong Bolasepak Sarawak (SFFC), bersama juga FAS dan beberapa kumpulan penyokong Sarawak di laman sosial seperti UltraCrocs, Penyokong Bolasepak Sarawak, Sarawak FA Fans, Crocs News Update, Sarawak Football dan ramai lagi menggesa semua penyokong yang ke stadium agar tidak membawa bahan terlarang, khususnya mercun.

Daripada pemerhatian pihak kami, hampir kesemua kumpulan penyokong tersebut menyokong penuh kempen #BolaTanpaMercun sambil menerima baik pesanan FAS yang mahukan penyokong menyumbangkan sorakan dan suara mereka kepada pasukan Sarawak.

RECOMENDED LINKS: