Misi sukar untuk Sabah di suku akhir Superbest Power Piala FA

Wakil tunggal Borneo, Persatuan Bolasepak Sabah mempunyai misi sukar untuk mara ke peringkat lebih tinggi pertandingan SuperBest Power Piala FA musim ini apabila diundi menentang pasukan Liga Super Persatuan Bolasepak Kedah.

Jika berjaya melepasi halangan Kedah, dua pasukan gergasi Liga Malaysia, yakni Johor Darul Ta’zim dan Persatuan Bolasepak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menanti Sabah di peringkat Separuh Akhir pertandingan tersebut, sekaligus membayangkan keperluan skuad didikan Vjeran Simunić bersedia untuk bekerja keras bagi memastikan mereka layak ke peringkat Akhir.
Piala FA draw
Sementara itu, laluan lebih mudah pula diperolehi pasukan Liga Super Persatuan Bolasepak Perak apabila hampir semua lawannya di peringkat Suku Akhir dan Separuh Akhir adalah dari pasukan Liga Premier, iaitu liga yang berada dibawah Liga Super.

Sungguhpun demikian, peningkatan yang ditunjukkan pasukan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur tidak boleh dipandang enteng kerana anak buah Ismail Zakaria pasti ingin memberikan peminat bolasepak Kuala Lumpur sesuatu selepas sekian lama Kuala Lumpur terpinggir dari Liga Malaysia.

Perlawanan Suku Akhir SuperBest Power Piala FA akan berlangsung pada 18 dan 19 Mac ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top