LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Khabar terbaru yang diperolehi pihak SarawakCrocs.com adalah kemungkinan bek kental Sarawak, Ronny Harun bakal kembali ke negeri asalnya pada musim hadapan.

Menurut informasi yang diberikan kepada pihak kami, Ronny bakal ditemani bekas rakan sepasukannya Bobby Gonzales yang kini berkhidmat dengan pasukan PDRM.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Menurut sumber kami, kedua-dua pemain kelahiran Sabah itu diharap mampu menaikkan lagi skuad pasukan Sang Badak yang ingin kembali ke liga utama Malaysia pada musim 2016.

Dalam perkembangan sama, Ronny dan Bobby dilihat juga membincangkan soal pasukan pilihan mereka pada tahun hadapan di laman sosial, dengan Bobby menyatakan bahawa beliau akan mengikuti Ronny ke mana sahaja jika diberi peluang.

Di laman sosial juga dilihat bahawa beberapa laman Facebook peminat yang rapat dengan pemain Sarawak menyatakan bahawa akan wujud perpindahan pemain Sarawak secara besar-besaran, namun ianya belum disahkan oleh pihak Persatuan Bolasepak Sarawak setakat ini.

1 COMMENT

Comments are closed.