LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kuching City FC akan turun menentang pasukan Sabah FC di Stadium Likas malam ini, dengan kedua – dua pasukan sekadar berkongsi persamaan dari segi ‘home base’ mereka, yakni, kedua-duanya merupakan pasukan Borneo – Malaysia yang bertapak dalam kancah Piala Malaysia musim ini.

Dari segi lain, kedua – dua pasukan jauh berbeza.

Sabah merupakan pasukan Liga Super yang gah di kedudukan ketiga liga berkenaan musim ini, manakala Kuching City merupakan pasukan di Liga Premier, liga bola sepak kedua tertinggi di Malaysia.

Pasukan bimbingan Ong Kim Swee itu juga merupakan pasukan berstatus ‘negeri’ biarpun kini telah menjadi pasukan bola sepak profesional. Oleh kerana perubahan ini, Sabah mempunyai sejarah yang lama dengan rekod pencapaian yang yang boleh dibanggakan.

Kuching City pula, merupakan pasukan berstatus bandaraya, yang baru sahaja diwujudkan kurang enam tahun lalu.

Dari segi peruntukan, kemasukan banyak pemain ternama negara ke Sabah sedikit sebanyak membuktikan bahawa kelab tersebut berbelanja besar musim ini, dengan Kuching City terus dengan nada perbelanjaan berhemah mereka.

Oleh sebab itu, kejayaan Kuching City melangkah ke Suku Akhir Piala Malaysia buat kali pertama merupakan satu pencapaian yang amat besar bagi kelab bimbingan Irfan Bakti kerana ianya bukan sesuatu yang mereka telah jangka sebelum ini.

Malah, kebanyakan peminat Kuching City sekadar sudah berpuas hati jika pasukan kegemaran mereka itu berjaya mencabar di dalam Piala Malaysia.

Namun, dengan kelab The Cats itu menunjukkan potensi besar ketika melayan kunjungan Sabah minggu lalu, peminat The Cats mula menanam impian bahawa mimpi indah a.k.a ‘fairy tale’ yang sedang mereka alami kini mungkin akan dapat diteruskan sekurang – kurangnya ke peringkat Separuh Akhir.

Ini adalah kerana Sabah tampak goyak di Kuching, dan perbezaan satu gol, tanpa kelebihan gol tempat lawan, memberikan Kuching City sedikit kelebihan dan keyakinan bahawa segalanya mampu berlaku apabila kedua pasukan bertemu malam ini.

Adakah ‘fairy tale’ Kuching City akan berakhir malam ini? atau adakah Kuching City akan meneruskan mimpi indah mereka ke Separuh Akhir kelak?

Apa pun keputusannya, kata – kata Abu Kamara, penyerang sensasi Kuching City adalah benar; “Sabah adalah pasukan yang besar, namun bagi kami, ini adalah perlawanan yang tersangat besar.”

DAPATKAN BAJU MENARIK PADA HARGA MURAH SEMPENA 11.11 SEKARANG