Persatuan bolasepak Miri (Miri FA) telah melantik jurulatih profilik, Encik Mohd. Hakimi Man untuk menerajui pasukan bola sepak Miri FA bagi menghadapi kempen Liga Bolasepak Rakyat (LBR) musim 2017-2018.
Mohd. Hakimi yang dihubungi SarawakCrocs menyatakan bahawa pasukan bola sepak Miri FA perlu berkerja lebih keras daripada orang lain sebagai persediaan musim hadapan sambil menambah bahawa segala isu remeh yang mengganggu persediaan dan tumpuan pasukan, perlu diketepikan.
Hakimi berjaya mencipta nama sebagai jurulatih tempatan yang berkaliber apabila mencatat kejayaan bersejarah mengakhiri kemarau kejuaraan 32 tahun pasukan bola sepak wanita Sarawak di kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah tahun ini.
Sebelum ini, Hakimi juga turut berjaya membawa pasukan LBR Wanita Bintulu mengunguli LBRW Zon Borneo.
Adalah difahamkan selaras dengan pelantikan beliau, Hakimi akan mengekalkan semua barisan kejurulatihan pasukan bola sepak Miri FA yang telah berkerja bersama beliau sejak empat tahun lalu bagi memudahkan sistem latihan yang dirancang berjaya diadaptasi dan dihadam sepenuhnya oleh pemain.
LBRW musim 2017/2018 akan bermula September ini, dan pelantikan Hakimi sebagai ketua jurulatih bagi Miri FA sedikit sebanyak memberi petunjuk bahawa Miri tidak lagi mahu terus ketinggalan di dalam arena bola sepak negara. – sarawakcrocs.com
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Khartiniey Bte Razali..cikgu hakimi yo
good luck untuk psukan lbr miri
Steady coach
Coach kmk org masa juara bifa bintulu 2006,steady coach.
bagus.
Steady Coach…Sarawak Fa Bila Lagi???
Wow.. stidi ni..
Udak kmk😹
moga miri berjaya