Pasukan Sarawak FA berjaya bangkit pada babak kedua malam tadi, untuk menang 2-1 ke atas Selangor FA.
Walaupun peluang Sarawak FA untuk mara ke peringkat seterusnya di dalam pertandingan Piala Malaysia sudah hampir terkubur, anak buah Pengiran Bala telah menunjukkan peningkatan permainan dengan melakukan beberapa gerakan mencemaskan yang hampir merobek gawang Selangor FA pada awal babak pertama.
Milos Raickovic hampir meletakkan diri sebagai penjaring pada minit ke-18 perlawanan, tetapi rembatan beliau mudah diselamatkan Zarif Irfan yang mengawal gawang Selangor FA.
Ini diikuti oleh rembatan kencang Tommy Mawat lima minit kemudian yang terus ke dakapan Zarif.
Pada minit ke-37, Ugo Ukah menjaringkan gol pertama perlawanan setelah berjaya menanduk masuk sepakan percuma Shami Safari, sekaligus meletakkan Selangor FA di hadapan.
Pada babak kedua, pasukan Sarawak FA mula lebih aggresif dan hasilnya, Mateo Roskam bijak memperdayakan pertahanan Selangor FA, sebelum merembat masuk gol penyamaan perlawanan pada minit ke-52.
Mios meletakkan pasukan pelawat dihadapan pada minit ke-65, juga melalui satu sepakan deras yang gagal diselamatkan Zarif.
Dengan kedudukan kini memihak Sarawak FA, Selangor FA menggandakan serangan, dan Ukah hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-82, namun Shahril Sa’ari patas menepis tandukan beliau keluar.
Sarawak FA terus bertahan dengan jayanya sehingga minit terakhir perlawanan, sekaligus memberikan pasukan bergelar Bujang Senang itu tiga mata.
Kemenangan itu walaubagaimanapun tidak mampu melayakkan Sarawak FA ke pusingan kedua Piala Malaysia musim ini kerana JDT berjaya membenam Terengganu FA, sekaligus melayakkan pasukan Harimau Selatan itu menyertai Selangor FA, dari Kumpulan D ke peringkat seterusnya. – sarawakcrocs.com
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



Tahniah sarawak fa…
Tahniah…kemenangan yg blh meningkatkan moral pemain…
good job
pasukan swk fokuskan liga super
In my belief, all this while I do believe this team can play & give positive results…what they lack at the time is the level of confidence, team understanding & lack of experience especially for the newbies but with this result, we do hope that they can rise to the occasion & produce continuance of positive results starting this weekend’s Super League survival game against Pulau Pinang. Prove the critics that they are wrong.
Ok baik lah
in shaa Allah blh menang match hidup mati lwn penang sabtu tok..keep 4 fighting💪💪💪
battle 2 stay in league next season
Teruskan usaha…kekal dlm liga super pun cukup
Good
yg penting menang dgn penang klak.. mng dgn slgor tok xpenting..
Syabas
Tahniah sarawak fa..kekalkn rancak kemenanggan utk baki liga super..
Boleh laaa
Bila menang dipuji,kalah di keji, di mana semangat ke sukanan.
Harap berterusan..dan teruskan perjuangkan selamat kan pasukan dari singkir ke liga perdana..
Selangor bik can nurun player mudak..
Tahniah… kipidap
Tahniah.syabas.sikda rezeki thn tok.cuba gik thn dpn.
Tahniah buat team sarawak..kami tetap sokong 100%
Dah terlambat
teruskan momentum kemenangan kekal dalam liga super,berjuang,jangan putus asa,harapan..tahniah..
Bangkit lah Sarawak…
kalau le ..beli la penyerang Donaldnancy Donalddipa baru sarawak akan menang
King pidaan dgn FAS grg.haa,,haa
terus kemenangan setiap pelawaan….kekalkan permain anda tahniah sar.
Batul Raye
Tahniah….knak timing x cun
Ya memang betul….pd mlm esok mesti bermain dlm satu pasukan utk naik satu tangga….#bangkitbersama
Jngn lepaskan peluang pd mlm esok kerana ya sangat mudah sekali utk menawaskan pasukan P.Pinang itu kkk….sarawak bujang senang agi idup agi ngelaba ooooha