Malaysia Football League (MFL) kini sedang memantau situasi Covid-19 di Sarawak.
Ini berikutan perkembangan jangkitan Covid-19 di Sarawak yang kini dikhabarkan telah memasuki gelombang kedua.
Sarawak telah merekod 17 jangkitan dalam dua hari terdekat.
Menurut laporan New Straits Times (NST), MFL kini menunggu sekiranya kerajaan Sarawak akan mengumumkan kawalan tambahan bagi membendung penularan virus Covid-19.
“Kita akan menunggu dan melihat apa kata Kerajaan Sarawak berkenaan situasi di Sarawak. Semua pasukan bola sepak yang bertapak di Sarawak sudah selesai membuat ujian saringan Covid-19 dan telah lulus.” kata CEO MFL, Datuk Ghani Hassan.
Dua pasukan Sarawak yang akan memulakan kempen Liga Malaysia pada 22 Ogos ini adalah Kuching FA dan Sarawak United FC.
Menurut NST, hadir kemungkinan kedua-dua pasukan mungkin akan terpaksa bermain di venue neutral jika situasi di Sarawak tidak membenarkan perlawanan bola sepak dijalankan.