Ingin memenangi wang tunai sebanyak RM3,000?

Jika ya, ini adalah peluang anda.  Caranya sangat mudah.

CARA MENYERTAI PERTANDINGAN TEKA PIALA DUNIA SARAWAKCROCS

Anda cuma perlu membeli secara pra-tempah mana-mana jersi SarawakCrocs di bawah, dan anda akan mendapat satu peluang untuk menyertai PERTANDINGAN TEKA PIALA DUNIA 2018 SARAWAKCROCS.

Di dalam pertandingan itu, ada dihendaki meneka pasukan yang layak ke peringkat kalah mati sehingga juara pada borang yang kami sediakan.

Pilihan jersi SarawakCrocs yang membolehkan anda menyertai pertandingan Teka Piala Dunia

Selepas tempahan dan bayaran dibuat, borang penyertaan akan diberikan kepada anda.

Borang penyertaan harus diisi dan dikembalikan kepada kami melalui Whatsapp.

Pengesahan penerimaan borang akan dibuat oleh pihak kami sebelum 13 Jun 2018, dan anda akan diberikan salinan borang penyertaan yang sah dicop oleh kami sebelum tarikh itu.

PENERANGAN TIGA JERSI YANG ADA DIJUAL; HARGA & POS

Untuk makluman, tiga jersi yang dijual adalah Jersi Tribal 2017, Jersi Tribal 2018 dan Jersi Khas Piala Dunia 2018.

Jersi Tribal 2017 dan 2018 dijual pada awal tahun oleh pihak kami.

Jersi Khas Piala DUnia 2018 hanya akan dijual dari 6 Mei hingga 13 Jun 2018, bersempena Piala Dunia 2018. Ianya dianggap jersi edisi terhad.

Semua jersi dijual pada harga RM70. Kos POSLAJU di luar Kuching adalah RM10 seluruh Malaysia.

Bagi yang di kawasan Kuching, anda boleh mengambil jersi dari wakil kami dan anda tidak perlu membayar Poslaju.

Jersi yang ditempah sebelum 9 Mei akan menerima pada akhir bulan Mei 2018. Ready stock bagi saiz tertentu akan ada dijual pada hujung bulan Mei 2018.

Tempahan saiz istimewa akan mendapat jersi pada hujung bulan Jun 2018, manakala tempahan dari 1 – 13 Jun akan mendapat jersi pada bulan Julai 2018.

BAGAIMANA UNTUK MENEMPAH JERSI KAMI?

Butir-butir berkenaan cara menempah jersi kami ada di dalam gambar dibawah.

Semua tempahan online (menggunakan www.thekedey.com) mesti menggunakan khidmat Poslaju sebagai mod penghantaran baju.

Jika anda ingin mengambil jersi sendiri di Kuching, dan tidak mahu membayar POSLAJU, sila hubungi KIM dan DON. Nombor mereka ada di dalam poster diatas.

NAK MENANG RM3K. APAKAH SYARAT PERTANDINGAN?

1. Anda boleh menyertai Pertandingan Teka Piala Dunia 2018 SarawakCrocs dengan setiap pembelian jersi SarawakCrocs dari 7 Mei sehingga 13 Jun 2018.
2. Satu jersi memberi anda satu penyertaan. Ahli keluarga terdekat pengelola tidak layak menyertai.
3. Penyertaan anda hanya sah sekiranya anda menerima kembali salinan borang ini beserta cop, tandatangan rasmi dan kod penyertaan dari pihak SarawakCrocs sebelum Piala Dunia 2018 bermula.
4. Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan. Penyertaan anda hanya sah sekiranya pihak kami ada menghantar kembali borang tersebut beserta cop rasmi SarawakCrocs.
5. Pemenang akan ditentukan berdasarkan tekaan 100 peratus betul.
6. Hanya satu hadiah disediakan. Hadiah utama adalah RM3,000 tunai. Jika ada dua atau lebih pemenang, hadiah akan dibahagikan diantara pemenag-pemenang tersebut secara sama rata.
7. Keputusan pertandingan akan diumumkan seminggu selepas berakhirnya Piala Dunia 2018.
8. Pihak pengelola boleh menggunakan nama atau gambar pemenang bagi tujuan publisiti.
9. Keputusan pertandingan adalah muktamad. Rayuan, perubahan pada borang yang sudah dihantar tidak dibenarkan.

BILAKAH PEMENANG AKAN DIUMUMKAN?

Pemenang akan diumumkan seminggu selepas Piala Dunia 2018 berakhir. Jika tiada tekaan yang tepat, maka tiada pemenang akan diumumkan.

Comments
LATEST PROMOTIONWORLD CUP PROMOTION AND CONTEST

4 COMMENTS

Comments are closed.