PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kemenangan ke atas Sarawak United Selasa lalu merupakan satu kemenangan manis.

Menurut ketua jurulatih Kuching City, beliau tidak dapat menurunkan tiga pemain utamanya, tetapi pemain muda kelahiran Sarawak telah menunjukkan semangat dan kehendak mahu mengisi kekosongan tersebut.

Promosi RM1

“Walaupun saya tidak dapat menurunkan tiga pemain utama, tetapi saya dapat menurunkan anak – anak jati Sarawak. Itu yang penting.” jelas Irfan selepas perlawanan.

“Mereka menunjukkan mereka nak tempat tu, mereka nak bermain. Mereka ni budak – budak muda. Baru 22 tahun.” jelasnya lagi.

Irfan juga membuat perbandingan dari segi pemainnya dengan pasukan Sarawak United yang mana beliau menerangkan bahawa hampir separuh pemain pasukan The Cats yang diturunkan ketika menentang Sarawak United terdiri daripada anak jati Sarawak.

Ini berbeza dengan pasukan Sarawak United yang hanya menurunkan dua pemain anak jati Sarawak, dengan pasukan tersebut memulakan perlawanan dengan hanya seorang.

“Bagi saya ini kemenangan yang manis.

Separuh dari pasukan saya anak jati Sarawak berbanding mereka (Sarawak United) yang hanya menggunakan seorang sahaja pada babak pertama, sebelum mereka memasukkan Tommy pada babak kedua, menjadikan dua orang pemain kelahiran Sarawak.

Kami pula memasukkan semua budak Sarawak sebagai pemain gantian.” kata Irfan lagi.

Biarpun mengakui bahawa asal seseorang pemain bola sepak itu tidak penting pada era bola sepak moden kini, Irfan tetap menegaskan bahawa beliau mempunyai keinginan untuk menaikkan pemain bola sepak dari kalangan anak jati Sarawak.

“Yalah, bola sekarang tak kisah. Liverpool sekarang tak ada Englishman. MU dulu pun manada Englishman.

“Saya nak naikkan juga budak budak muda anak – anak jati Sarawak.” jelas Irfan lagi.

Kuching City kelmarin mengejutkan Sarawak United dalam perlawanan Liga Premier, yang mana menyaksikan pasukan The Cats itu kini semakin hampir berjaya melayakkan diri ke Piala Malaysia.

// DAPATKAN DISKAUN SEHINGGA 90% DISKAUN UNTUK PEMBELIAN SMARTPHONE DI SINI