Home Malaysian football Cuaca bukan alasan. Pasukan gagal gunakan peluang

Cuaca bukan alasan. Pasukan gagal gunakan peluang

Ketua jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan merasakan bahawa anak buahnya gagal memanfaatkan peluang yang ada ketika pasukan beliau tewas kepada Kuching City kelmarin.

Dalam perlawanan kelmarin, Sarawak United tewas kepada seteru setempatnya Kuching City melalui jaringan tunggal Aliff Hassan pada minit ke-83.

“Pada awal perlawanan Kuching City nampak steady. Kita mendapat banyak peluang pada babak pertama tapi tak menggunakannya.” jelas Elavarasan selepas perlawanan.

Elavarasan juga menyatakan bahawa gol Kuching City juga dipengaruhi nasib sambil berkata perkara seperti itu biasa dalam bola sepak.

“Gol yang kita kena itu adalah nasiblah, deflection. Kita pun ada peluang pada babak kedua. Mereka berjaya menjaringkan gol.” ulas Elavarasan lagi.

Apabila mengulas berkenaan pengaruh cuaca kepada prestasi pasukannya, Elavarasan enggan menyalahkan faktor cuaca sambil memuji corak permainan Kuching City yang bersemangat.

Mengulas lanjut, Elavarasan berkata cuaca bukanlah satu alasan mengapa pasukan beliau tewas biarpun pasukan beliau kali terakhir bermain pada sebelah petang adalah ketika pasukannya menentang Selangor II.

“Seharusnya kita mengadaptasikan diri dengan cuaca kerana kali terakhir adalah sewaktu kita bermain petang adalah menentang Selangor II.

“Memang ada sukar sedikit untuk membiasakan diri dan Kuching pun rajin juga. Sungguhpun demikian, cuaca bukan alasan.” katanya lagi.

Dalam pada itu, Elavarasan juga menyatakan perlawanan tersebut pada pendapat beliau adalah seimbang, namun merasakan peluang pasukannya untuk menjaringkan gol pada babak kedua lebih baik jika dibandingkan dengan Kuching City.

Sungguhpun demikian, pemainnya tidak memanfaatkan peluang yang ada dan Kuching City telah bermain dengan baik pada babak kedua.

“Perlawanan ini adalah terbuka.

“Pada babak kedua, Kuching lebih baik. Kita mempunyai peluang lebih baik berbanding Kuching tetapi kita tidak menggunakannya.

“Kita kena terima keputusan ini.” jelas Elavarasan lagi.

Sarawak United kini di kedudukan teratas Liga Premier dan mampu mengesahkan kejuaraan jika menang menentant Negeri Sembilan pada Jumaat ini.

// DAPATKAN DISKAUN SEHINGGA 90% DISKAUN UNTUK PEMBELIAN SMARTPHONE DI SINI

 

RECOMENDED LINKS: