PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK TERKINI DI TELEGRAM MySARAWAK .

Ketua jurulatih Kuching City memuji kemudahan padang kelab bolasepak JDT FC yang beliau sifatkan antara yang terbaik di Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika berkongsi pengalaman menggunakan kemudahan padang di Stadium Pasir Gudang, yang juga merupakan ‘rumah’ sementara pasukan Kuching City FC yang dibimbingnya.

Promosi RM1

Menurut Irfan, beliau belum pernah merasai kemudahan padang seperti yang disediakan oleh pihak JDT kerana ianya sungguh sempurna.

“Saya memang tabiklah kepada JDT dengan kemudahan padangnya. Padang sebaik ini, hari ini kami buat lubang, esok dah tak ada. Hari ini buat lubang, esok pun dah takda.” kata Irfan dalam satu temubual selepas perlawanan menentang Sarawak United.

“Kalau saya kata benda macam ini tak ada di Malaysia, orang marah, tapi pasukan mana lagi selain daripada JDT?” soal Irfan kemudian.

Irfan juga menafikan beliau hanya mahu memuji pemilik kelab JDT, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail apabila memberi pandangan berkenaan kehebatan proses pemulihan padang di Pasir Gudang.

Menurut Irfan, apa yang beliau alami sendiri apabila membuat latihan bersama pasukannya di padang di Pasir Gudang adalah bukti bahawa pujian terhadap TMJ bertempat.

// LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

“Saya bukan nak angkat TMJ, tapi memang terbukti.” kata Irfan.

“Kalau anda datang berlatih di sini pun, padang akan macam tu juga.

“Yang hairannya, kami berlatih semalam (Isnin), hujan. Berlubang habislah padang sebab kami guna.

“Saya ingat ‘sudahlah kena marah.’, tapi apabila kami datang kemudian harinya, padang dah berubah. Macam JDT ambil padang lain dan ganti padang yang dah rosak.

“Ini memang saya tabik. Saya tak pernah mengalami latihan macam ini.” jelas Irfan lagi.

Kuching City pada asalnya mahu menggunakan Stadium Negeri Kuching sebagai markas semua perlawanan tempat sendirinya pada pusingan kedua sebelum ini.

Sungguhpun demikian, penularan Covid-19 yang semakin rancak di Kuching, serta tatacara operasi Covid-19 yang ketat oleh Kerajaan Sarawak telah memaksa kelab tersebut mencari venue tempat sendiri yang lain di Semenanjung Malaysia.

Irfan dalam pada itu juga mengakui sebelum ini bahawa TMJ telah membantu kelab Kuching City dengan bersetuju meminjamkan Stadium Pasir Gudang kepada kelabnya sehingga tamatnya Piala Malaysia.

// DAPATKAN SMARTPHONE TERKINI DENGAN DISKAUN SEHINGGA 90% DI SINI