Siapakah penggempur baharu Kuching City FC?

Sebelum ini, telah sah bahawa Kuching City telah melepaskan Bryan Jones, yang merupakan penyerang utama mereka.

Kelab tersebut juga mengesahkan kini sedang membawa masuk pemain baharu ke kelab terebut. SUngguhpun demikian, persoalan yang timbul adalah siapakah pemain tersebut?

Berdasarkan perbincangan di laman sosial bola sepak Sarawak secara umum, ramai yang percaya pemain baharu Kuching City adalah bekas pemain Sarawak FA, Mateo Roskam.

Roskam yang cemerlang bersama pasukan Sarawak beberapa tahun lalu merupakan seorang penjaring gol yang berkebolehan dan biarpun beliau kini sudah berusia 34 tahun, ketajamannya sebagai penyerang dirasakan masih ada.

Pengambilan beliau ke kem Kuching City dilihat logik sekiranya benar memandangkan beliau akan mudah serasi dengan barisan pemain kini yang pernah bermain bersamanya.

Buat masa ini, kemasukan pemain import baharu Kuching City belum lagi selesai ekoran masalah dokumentasi yang mana diakibatkan oleh situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Malaysia.

Sungguhpun demikian, ianya mungkin akan berjaya diselesaikan dalam masa terdekat bagi membolehkan Kuching City akhirnya mengumumkan pemain import terbaharunya ini.