Kelab bola sepak Saawak United telah mengumumkan kad keahliannya yang hadir dalam empat kategori.

Menurut kenyataan kelab tersebut, ahli kelab akan “bersama-sama membantu mengecapi Kejuaraan tahun 2021 inidan menjadi pencetus legasi yang bakal mengubah masa hadapan Kelab dan menggerak halatuju bola sepak Sarawak kearah kecemerlangan.”

Adalah difahamkan keahlian bagi kelab tersebut adalah berstatus tahunan, dengan ahli diberi kad esklusif, barangan esklusif Sarawak United, diskaun pembelian, dan mata ganjaran.

Menariknya, Sarawak United juga telah memasukkan PPV Live Streaming ke dalam senarai kemudahan bagi ahli – ahlinya.

Sungguhpun demikian, adalah tidak jelas samada PPV Live Streaming tersebut adalah untuk perlawanan Liga Malaysia Sarawak United ataupun acara lain kerana untuk menayangkan perlawanan Liga Malaysia (termasuk Liga Premier), Sarawak United perlu membeli hak siaran dari MyCujoo terlebih dahulu yang mana bukan murah.

Juga dimasukkan adalah kemudahan pass bermusim ke stadium, yang mana buat masa ini dilihat melibatkan Stadium Melaka.

Sungguhpun demikian, dengan situasi Covid-19 kini memaksa Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia, kemasukan peminat ke stadium Sarawak United di Melaka pada musim ini nampaknya tipis biarpun pass disediakan.

Oleh itu, timbul persoalan jika pass tersebut akan masih ‘laku’ pada musim hadapan sekiranya stadium terus ditutup musim ini?

Apapun, ketiadaan FAQ dan juga terma dan syarat berkenaan keahlian Sarawak United menimbulkan beberapa persoalan yang diharap akan dijawab Sarawak Unietd dalam masa terdekat.

Jika anda mahu menjadi ahli, anda boleh baca kelebihannya di bawah dan memohon dengan kelab Sarawak United.