Baru0baru ini, sebuah laman sosial, Kamek Miak Sarawak telah berkongsi sebuah gambar yang memaparkan Presiden Persatuan Bolasepak Kuching (KDFA) Fazzruddin Abdul Rahman bertemu dengan Norshahrul Idlan bin Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo.

Pertemuan di satu lokasi yang tidak dimaklukan itu telah membuat khabar bergoyang kencang bahawa Kuching FA mungkin berminat mengambil penyerang kebangsaan itu untuk pasukan Kuching FA 2020.

Sungguhpun demikian, tidak diketahui sekiranya tujuan pertemuan itu adalah untuk membincangkan masa depan Mat Yo di Kuching buat masa ini dengan Mat Yo, Fazzruddin dan Kuching FA setakat ini masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi.

Mat Yo sebelum ini pernah bermain untuk pasukan Kelantan FA, JDT FC dan Pahang FA.

Beliau adalah nama yang tidak asing lagi di dalam arena bola sepak Malaysia dengan pelbagai piala dan anugerah dimenangi sejak menjadi pemain bola sepak profeisonal di Malaysia.

Sehingga kini, beliau telah menjaringkan lebih 150 gol di dalam Liga Malaysia, dan berjaya juga menjaringkan 24 gol untuk pasukan kebangsaan.

Mat Yo juga masih bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia, Harimau Malaya, dan merupakan antara beberapa pemain senior yang masih lagi dipanggil untuk mewakili negara di peringkat tertinggi bola sepak.

Buat masa ini, khabar perpindahan Mat Yo ke Kuching FA dilihat diterima secara positif oleh kebanyakan peminat yang rata-rata tahu bahawa Kuching FA sedang membina pasukan baharu untuk aksi Liga Premier musim hadapan.

Adakah Mat Yo akan ke Kuching FA?

Sama-sama kita nantikan.