Selepas Datu Sudaraono, mantan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) bersuara kelmarin, hari ini mantan Setiausaha Agung FAS, Abdullah Julaihi pula membuat kenyataan.

Kenyataan beliau adalah seperti dibawah, dan dipetik dari laman SarawakVoice.

Berdasarkan perlembagaan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), ahli majlis dipilih melalui Mesyuarat Agung Dwitahunan (AGM) di mana exco pimpinan Datu Sudarsono Osman telah melengkapkan tempoh sehingga tarikh 17 September 2016,
iaitu tarikh mesyuarat agung tersebut.

Pada AGM tersebut, Haji Abdul Wahab Rahim telah terpilih menyandang jawatan Timbalan Presiden dan sekali gus memangku jawatan Presiden.

Menurut perlembagaan FAS, jika tiada calon untuk jawatan Presiden maka Timbalan Presiden boleh memangku sehinggalah satu AGM luar biasa diadakan untuk memilih Presiden. Antara calon lain yang terpilih pada AGM tersebut untuk memegang jawatan Exco ialah Datuk Posa Majais, yang menang jawatan Naib Presiden dan sekarang beliau memegang jawatan Presiden.

Encik Razali Haji Dolhan juga menang jawatan Naib Presiden. Pada masa sekarang, beliau juga adalah Setiausaha Agung dan Bendahari FAS. Kesemua exco yang terpilih akan memegang jawatan tersebut sehingga AGM Dwitahunan akan datang diadakan pada 2018.

Pengambilalihan tampuk pimpinan FAS bermaksud “in- total” iaitu aset dan juga liabiliti.

Sebagaimana Exco pimpinan Datu Sudarsono mengambil alih pimpinan pada musim 2010/2012 sehinggalah beliau memutuskan untuk tidak bertanding mempertahan jawatan Presiden dalam AGM lepas, iaitu selepas 6 tahun mengemudi FAS.

Daripada FAS yang dibelenggu hutang pada tahun 2009, menghidupkannya sehingga muncul juara Premier tanpa kalah pada 2013 dan layak secara merit bertanding dalam Liga Super pada tahun 2014, hinggalah kekal dalam Liga Super ketika pertukaran pimpinan FAS pada tarikh AGM, 17 September 2016.

Jika diimbas semula sejarah kepimpinan FAS pada tahun 2009 tersebut, fakta-fakta dan bukti boleh disemak dengan merujuk sendiri rekod-rekod dalam Pendaftar Pertubuhan tentang siapakah individu yang memegang jawatan pada masa tersebut.

Atas sebab tanggungan hutang FAS yang agak besar semasa pimpinan tahun 2009, Exco 2010/2012 pada masa itu dipimpin Datu Sudarsono Osman dan Datu Mohammad Abu Bakar terpaksa menggunakan platform FAS-FMG untuk memastikan FAS dapat bertanding dalam Liga Malaysia.

Kapasiti FAS secara perundangan pada masa tersebut diragui kerana tertakluk dan
terdedah kepada tuntutan pemiutang.

Penubuhan FAS-FMG adalah usaha yang tidak digembar-gemburkan kerana fokus pada masa tersebut adalah untuk memastikan FAS dapat bertanding dalam Liga Malaysia pada tahun 2010.

Sebagaimana petikan akhbar bahawa Datuk Posa mengatakan pengurusan FAS
terdahulu iaitu bagi sesi 2014/2016 berhutang sejumlah RM1 juta dengan ketiga-tiga agensi berkenaan dan keadaan ini menyebabkan lesen FAS untuk bertanding bagi musim 2018 tidak dapat dikeluarkan.

Tidakkah beliau tahu bahawa dari segi prosedur Liga Malaysia, pengesahan daripada ketiga-tiga agensi tersebut adalah rutin dan ia kriteria tahunan yang perlu dipenuhi. Untuk bertanding pada tahun hadapan, Laporan dan Penyata Tahunan bagi tahun sebelum hendaklah mendapat pengesahan ketiga-tiga badan berwajib berkenaan sebelum FAM dan FLLP membenarkan sesuatu pasukan bertanding?

Tuduhan mengatakan hutang tertunggak sejak 2012 dengan ketiga-tiga badan berwajib berkenaan adalah niat untuk mengalihkan isu sebenar kegagalan FAS mendapatkan lesen di bawah pimpinan Exco sekarang. Jika hutang tertunggak pada 2012 tidak diselesaikan, adalah tidak logik FAS dibenarkan bertanding pada tahun 2013 dan seterusnya memenangi Liga Premier pada tahun tersebut, tanpa kalah.

Pengesahan tahunan adalah tugas sekretariat FAS (Setiausaha Agung dan Pegawai Eksekutif) untuk memastikan ia dipenuhi setiap tahun dengan “clean bill” daripada KWSP/LHDN/ PERKESO.

Dengan penerimaan FAS bertanding dalam musim 2017, bermaksud semua kriteria bagi tahun 2016 telah pun dipatuhi dan tiada lagi isu tertunggak bagi tahun 2016.

Oleh itu, bagi musim 2018, Exco Baru (sekarang ini) bagi sesi 2016/2018
perlu mendapatkan “clean bill” bagi tempoh di bawah pengurusan mereka bermula Januari 2017. Atau barangkali Presiden tidak dimaklumkan tentang prosedur ini, dan sekali gus membuat kenyataan sebagaimana yang dilaporkan di dalam akhbar semalam. Emel yang diterima daripada pihak KWSP bertarikh 12 April 2017 kepada FAS-FMG mengesahkan bahawa FAS- FMG telah memenuhi tanggungjawab dan tiada lagi isu-isu yang tertunggak dengan KWSP.

Pihak Exco terdahulu bagi sesi 2014/2016 tiada pilihan lain selain mengambil tindakan untuk menjelaskan semua perkara di atas melalui media memandangkan perkara yang ditohmahkan sebagaimana dilaporkan media melibatkan imej, kredibiliti dan integriti Exco .

Lebih-lebih lagi Exco bagi 2014/2016 menjalankan operasi persatuan secara sukarela, tanpa bayaran gaji dan elaun. Kakitangan pentadbiran sepenuh masa yang direkrut hanya 5 orang. Hanya mereka ini dibayar sepenuh masa. Selainnya adalah sukarela.

Selama ini sebarang tuduhan yang dilemparkan kepada exco terdahulu dilihat sebagai lumrah cabaran biasa sahaja dan beranggapan ia merupakan asam garam pengurusan bola sepak.

Walau bagaimanapun, tuduhan yang tidak berasas seperti yang dilaporkan dalam media cetak dan media sosial akhir-akhir ini perlu diperbetul dan diperjelas.

Sebenarnya banyak perkara boleh diselesaikan jika kita fokus untuk menyelesaikan isu dan masalah, bukan hanya mencari alasan agar kegagalan kita dipersalahkan kepada orang lain.

Lebih-lebih lagi ketika pengurusan terdahulu menulis surat pada 11 September 2017 dengan tujuan mengadakan pertemuan dengan Exco Baru yang telah menghasilkan mesyuarat pada malam 11 September 2017 dengan hasrat agar kita semua memberi fokus kepada menyelesaikan masalah dan bukan menuding jari sesama sendiri.

Pada pertemuan itu juga kita setuju agar apa-apa masalah dirujuk dan diselesaikan agar Pasukan Bolasepak Sarawak dapat meneruskan perjuangan di Liga Malaysia.

Tetapi nampaknya pengurusan baharu lebih gemar bercakap melalui media dan membuat kenyataan-kenyataan yang tidak berasas. Tentunya keadaan ini tidak baik bagi pemain yang dalam tempoh kritikal menghadapi perlawanan terakhir mereka pada 28 Oktober ini.

Akhir kata, untuk menguruskan persatuan seperti FAS, ia memerlukan komitmen dan pengetahuan. Saya masih ingat ketika memgambil alih pada tahun 2010, saya yang dibantu oleh beberapa pegawai sentiasa berulang-alik ke pejabat LHDN, KWSP dan PERKESO untuk memastikan pasukan Sarawak boleh bertanding dalam Liga Musim 2011, lebih-lebih lagi pada masa tersebut tiada Nota Serahan Tugas yang dapat dirujuk.

Abdullah Julaihi
Mantan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Sarawak

Seperti juga kenyataan Sudarsono sebelum ini, pihak kami tidak akan merungkai dan memberi komen berkenaan kenyataan Abdullah, dan memberi anda peluang untuk menilai sendiri kenyataan tersebut. – SarawakCrocs.com

Comments

26 COMMENTS

  1. Berdasarkan perlembagaan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), ahli majlis dipilih melalui Mesyuarat Agung Dwitahunan (AGM) di mana exco pimpinan Datu Sudarsono Osman telah melengkapkan tempoh sehingga tarikh 17 September 2016,

    * Abdullah Julaihi merupakan mantan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Sarawak

  2. Seorang indivu megang 3 jawatan??? Naib presiden,Setiausa Agung dan Bendahari??? Apa sebenarnya berlaku,sik ada urg lain yg layak kah? Kenak megang sampei 3 jwtan kak ya sik terkabir nok ngurus..Cukuplah sbg setiausaha agung n biar urg lain ngurus kewangan atau sebaliknya..Bila kerja sik dpt dipolah mula nunjuk jari kpd urg lain…mun camtok sampei bila bol Sarawak sik dpt maju..choi cin choi

  3. Sebagai penyokong kmk setuju bahawa SPRM harus campur tangan kerana kita curiga kewangan sudah berkali2 sudah bertahun tidak kira pengurusan lama atau baru kita mahu keadilan dan punca masalah kewangan berlaku.

  4. Bkn apa..masa tok kta x mk ckp byk…blame sia..blame ctok..xda gna juak…masa tk kta perlu support dri CM kita..mk Ngator,mk settle…yajak…KmK syg Sarawak FA….

Comments are closed.