Bekas pemain import Sarawak, Ryan Griffiths dilaporkan telah menyertai kelab bolasepak di Liga Hyundai A, Western Sydney Wanderers.
Pemain berusia 36 tahun itu dilaporkan telah sah menandatangani kontrak bersama kelab tersebut sehingga penghujung musim 2016/2017.
Ryan Griffiths sebelum ini beraksi untuk kelab Hong Kong, South China selama semusim selepas kontrak beliau bersama Sarawak tamat pada penghujung 2015.
Biarpun turut membuat penampilan untuk Kejohanan Liga Juara Asia, beliau hanya mampu menjaringkan 4 gol dari 11 penampilan.
Griffiths merupakan sebahagian daripada skuad Sarawak musim 2014 di bawah kendalian ketua jurulatih Robert Alberts dimana beliau menjaringkan 11 gol dari 51 penampilan.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Ryan Griffith
Tahun lps main dgn kalab hongkong
Blik ke negara asal..
#MS10
Ada gkkk
makeche x mok???
Bagus gik nya tok dari hartman