EPL: Manchester City umum Benjamin Mendy sebagai pemain baharu

Manchester City telah secara rasminya mengumumkan Benjamin Mendy sebagai pemain trbaharu mereka.

Pemain pertahanan dari Perancis ini telah bersetuju menyertai kelab Liga Perdana Inggeris itu dari Monaco, dengan kontrak selama lima tahun.

Mendy yang ditemuramah laman web ManCity.com berkata bahawa beliau mengambil keputusan berpindah ke Man City kerana kelab bolasepak tersebut merupakan antara kelab terbaik di Eropah yang gemar bermain bolasepak secara menyerang.

Adalah difahamkan bahawa Mendy yang berumur 23-tahun akan menyertai perlawananan-perlawanan pra-musim Manchester City di Amerika dimana Manchester City dijangka bertemu Real Madrid di Los Angeles hari ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top