Newcastle United telah mengumumkan perpindahan Joselu dari Stoke City hari ini.

Pemain Sepanyol berusia 27 tahun itu diikat dengan kontrak tiga tahun, dan jumlah yuran perpindahan beliau tidak didedahkan kepada umum.

Joselu merupakan pemain keenam yang diikat Newcastle musim ini dengan Pengurus Newcastle, Rafa Benitez, menyifatkan pemain terbaharunya sebagai “berpotensi untuk berjaya di kelab bola sepak Newcastle”.

Tempat Joselu di dalam kesebelasan utama Newcastle walaubagaimanapun tidak terjamin apabila Benitez turut menyatakan bahawa pemain tersebut “juga bersedia untuk berusaha untuk menempatkan diri di kesebelasan utama pasukan Newcastle”.

Ketika bersama Stoke, Joselu telah diturunkan sebanyak 22 kali, dan beliau pernah bermain untuk pasukan Hannover di Liga Jerman. – sarawakcrocs.com

Comments

1 COMMENT

Comments are closed.