Penggunaan padang yang mempunyai pelbagai corak adalah dilarang sama sekali bagi musim Liga Perdana Inggeris akan datang.

Menurut kenyataan yang dilaporkan di laman rasmi PremierLeague.com, hanya corak padang mendatar dan garisan putih sahaja dibenarkan di atas padang pada liga kali ini.

Tambah laman rasmi tersebut, pengenalan peraturan tersebut adalah sejajar dengan peraturan Kesatuan Bola Sepak Eropah (EUFA), dan ianya telah dipersetujui oleh pihak pengurusan padang kelab-kelab Liga Perdana Inggeris.

Pengenalan peraturan padang tersebut hadir selepas beberapa pasukan telah bertindak membuat corak-corak menarik di atas padang permainan, sekaligus menimbulkan rasa kurang senang sesetngah pihak yang menyatakan ianya adalah satu bentuk gangguan.

Comments
LATEST PROMOTIONSARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE