LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Malaysia Aviation Group (MAG) dan Malaysian Football League (MFL) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sekali gus mengumumkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines, sebagai rakan penerbangan rasminya.

Kerjasama ini menandakan komitmen Malaysia Airlines untuk mewujudkan rasa identiti nasional kolektif dan perpaduan melalui sukan nombor satu negara itu.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Melalui perkongsian ini, Malaysia Airlines akan menyediakan perjalanan yang selamat dan lancar untuk MFL, bagi menyokong aktivitinya, termasuk persidangan tempatan dan antarabangsa, klinik bola sepak, dan pertandingan profesional di bawah pengelolaannya.

Lanjutan daripada komitmennya sebagai rakan penerbangan rasmi untuk MFL – Kumpulan Penerbangan Malaysia itu akan memanfaatkan rangkaian organisasi meluas mereka menerusi pelaksanaan kempen, penjenamaan serta acara bersama dengan Firefly, MASwings, MHholidays dan Enrich.

MoU itu ditandatangani oleh Stuart Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, dan Lau Yin May, Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan MAB.

Turut hadir pada majlis itu ialah Dato’ Ab Ghani Hassan, Presiden MFL, dan Kapten Izham Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, yang menyaksikan pemeteraian perjanjian itu. – MFL