LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Peminat pasukan Kuching City sudah pasti akan teruja berikutan pengumuman terbaharu Malaysia Football League bahawa Liga Premier akan mendapat liputan langsung secara percuma di Youtube.

Ini bermakna peminat Kuching City akan dapat menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi dengan lebih mudah.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Menurut badan tersebut, kesemua 90 perlawanan akan ditayangkan di Youtube MFL.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, tayangan siaran langsung perlawanan Liga Premier musim ini pastinya satu perkhabaran gembira buat penyokong bola sepak tempatan yang amat dahagakan aksi saingan itu.

“Umum mengetahui siaran langsung buat Liga Premier sejak dua tahun kebelakangan ini sedikit terjejas disebabkan pandemik Covid-19 yang menyerang seluruh dunia pada Mac 2020 dan Liga Premier tidak terkecuali menerima tamparan ini.

“Demi kepuasan penyokong-penyokong, MFL sedang berusaha mengelak isu teknikal stadium untuk menyiarkan siaran langsung kesemua 90 perlawanan Liga Premier musim . Jika segala berjalan lancar MFL akan menyiarkan 90 perlawanan Liga Premier 2022 bagi memastikan kemeriahan Liga Malaysia dapat dinikmati semua penyokong,” katanya.

Saingan Liga Premier 2022 akan melibatkan 10 pasukan, iaitu Johor Darul Ta’zim II, Kelantan FC, Kelantan United FC, Kuching City FC, PDRM FC, Perak FC, Selangor FC 2, Skuad Projek FAM-MSN, Terengganu FC II dan UiTM FC.

Pusingan pertama (LP1) akan berlangsung bermula Sabtu, 5 Mac 2022 ini.

Untuk jadual penuh Liga Premier 2022, klik.