Kelab bolasepak Kuching FA kelamarin menerima tajaan secara rasmi oleh Lea Sports Centre (LSC).
Menurut kenyataan di media sosial rasmi Kuching, kelab tersebut telah menandatangani perjanjian bersama LSC dalam satu majlis ringkas yang melibatkan En Raymond Sim, pemilik LSC.
Penajaan tersebut bakal menyaksikan Kuching menyarung jersi StarSports bagi Liga Premier musim ini, sekaligus membayangkan bahawa Kuching mungkin akan mengenakan jersi serba unik bagi musim 2020.
Kenyataan Kuching menyebut bahawa LSC telah menjalinkan kerjasama dengan Kuching sejak kelab tersebut dimulakan pada 2015.
Selain daripada tajaan jersi, jumlah tajaan LSC tidak dimaklumkan oleh Kuching di laman sosial mereka.
Sebelum ini, LSC telah menaja pasukan Sarawak FA dan mengenakan jersi StarSports.
Sungguhpun demikian, penjenamaan semula pasukan tersebut kepada Sarawak United B dipercayai menyaksikan pasukan tersebut kini tidak lagi akan mengenakan jersi Starsports dan akan mengenakan jersi JOMA.
Malahan, beberapa gambar pasukan Sarawak United yang tertiris di media sosial juga membayangkan bahawa pakaian jenama JOMA kini sudah mula digunakan oleh pasukan terbaharu Liga Malaysia itu.
Sarawak United adalah pasukan terhebat bola sepak Malaysia hasil penjenamaan semula Selangor United. Ianya dimiliki sepenuhya oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).
Dalam perkembangan lain, jersi unik/Tribal SarawakCrocs kini boleh ditempah pada harga permulaan RM60 di www.TheKedey.com.