Logo baru Kelantan FA bocor, hadir lebih professional

Logo baharu pasukan Kelantan FA telah dikhabarkan bocor, dengan logo tersebut hadir dengan bentuk yang bukan sahaja lebih ringkas daripada yang terdahulu, tetapi juga nampak jauh lebih professional.

Logo yang tular di media sosial tersebut menyaksikan ianya berbentuk perisai dengan nama Kelantan tertera di bahagian atas perisai tersebut.

Di dalam perisai tersebut, seekor Kancil kelihatan, beserta juga dengan satu bintang dan dua garisan, dengan logo tersebut dihasilkan dalam warna tradisi Kelantan FA, yakni merah dan putih.

New Kelantan Logo yang tular di media sosial
New Kelantan Logo yang tular di media sosial

Pihak kami difahamkan bahawa logo tersebut buat masa ini belum lagi disahkan sebagai logo baharu Kelantan FA oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), namun para netizen telah secara umumnya memuji logo serba ringkas tersebut yang sememangnya bagi kami menarik dan menepati citarasa masa kini.

Jika benar ianya adalah logo baharu Kelanatan FA, apa komen anda?

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top