Kelab bola sepak Kelantan United kini telah menyenarai pendek lima jurulatih untuk menjadi ketua jurulatih baharu pasukan tersebut pada musim hadapan.

Menurut laporan BERNAMA, Setiausaha Eksekutif Kelantan United, Wan Mohd Zaul Ikman, telah mengesahkan bahawa tiga daripada jurulatih tersebut adalah jurulatih tempatan, manakala dua lagi adalah jurulatih asing.

“Kami mempunyai senarai pendek calon jurulatih iaitu tiga tempatan dan dua luar negara. ” kata Wan Mohd Zaul Ikman kepada BERNAMA.

“Hujung minggu ini kami akan umumkan” katanya lagi.

Kelantan United juga menyatakan bahawa mereka kini sedang membuat persiapan awal bagi musim hadapan agar pasukan mereka lebih berdaya saing apabila Liga Malaysia bermula pada penghujung bulan Februari kelak.

Kelantan United menamatkan musim 2020 di tangga ke-sembilan di bawah kendalian Nazrulerwan Makmor.

Musim 2020 merupakan musim pertama pasukan tersebut bertanding di Liga Malaysia.