Pasukan Liga Bolasepak Rakyat Serian FA berjaya mengutip tiga mata penuh pertama setelah menumpaskan pasukan Wilayah Persekutuan Labuan saingan dalam kumpulan C LBR peringkat kebangsaan.
Pasukan Serian selaku tuan rumah ternyata menggunakan kelebihan bermain di laman sendiri apabila menumpaskan pasukan Labuan dengan jaringan 2-1.
Dengan kemenangan itu, Serian kini berada di kelompok teratas kumpulan C dengan 4 mata dari 2 perlawanan .
Namun, keadaan boleh berubah sekiranya pasukan Serian tidak meneruskan momentum positif kerana pasukan Kota Marudu/ Kota Belud/ Keningau dan Labuan hanya telah bermain satu perlawanan setakat ini.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys


