Prestasi terumbang-ambing pasukan Sarawak FA berterusan apabila sekadar mampu seri berdepan pasukan MIFA Sabtu lalu.
Bermain di Stadium MBPJ, pasukan Sarawak FA ketinggalan 1-0 seawal 25 menerusi R Kumar yang meledakan gol menerusi pergelutan di hadapan pintu gol Sarawak.
Sarawak terus gelisah apabila kapten Hairol Mokhtar dilayangkan kad merah pada minit ke-33.
Elizeu Batista memastikan pasukannya mendahului dengan dua gol apabila beliau mudah merembat masuk sepakan penalti yang diberikan, menewaskan Muh Firdaus pada minit ke-33.
Sarawak walaubagimanapun enggan mengalah dan berjaya merapatkan jurang gol pada minit ke-45 menerusi penyerang sensasi Bobby Gonzales, juga melalui sepakan penalti selepas beliau dijatuhkan.
Enggan mengalah, Sarawak terus mengasak, dan akhirnya, Bobby sekali lagi menjadi penyelamat kepada pasukan Sarawak selepas menampan masuk bola hantaran Abdul Rahim.
Keputusan seri tersebut keka sehingga tamat masa penuh.
Dengan satu mata dari pertemuan itu, Sarawak FA jatuh ke tangga ke-lapan Liga Premier, dengan mengutip 16 mata dari 14 perlawanan.