Selepas kejayaan program-program pembangunan komuniti dan bakat, Yoodo – perkhidmatan mudah alih 100% digital dan ubah suai sendiri yan¬g pertama di Malaysia – bersedia untuk menyempurnakan inisiatif ini melalui gabungan dengan Liga Premier Futsal Malaysia (LPFM) yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (PBSM).

Yoodo adalah syarikat telco pertama yang menaja secara rasmi dan memperjuangkan pelancaran LPFM, demi membantu meningkatkan penglibatan peminat dalam liga ini.
Menyentuh mengenai pengumuman itu, Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo berkata, “Yoodo sentiasa membuat keputusan yang berani, melalui aspek tawaran produk serta inisiatif bersama rakan kongsi. Kami percaya pada konsep memupuk dan membangunkan bakat tempatan dan kami berbangga untuk menyokong LPFM.”

SarawakCrocs Fantasy Premier League 2019/20

Penajaan LPFM adalah langkah seterusnya dalam mengecapi misi Yoodo untuk menyediakan platform yang boleh meningkatkan bakat tempatan. Misi itu bermula dengan segmen e-sukan di mana Yoodo menjadi Telco Digital Rasmi pertama, untuk Pertandingan PUBG MOBILE National Championship (PMNC). Seterusnya, Yoodo menubuhkan pasukan e-sukan PUBG tersendiri, Yoodo Gank dan menganjurkan pertandingan awam yang membantu dalam peningkatan perbualan, kandungan, dan pertandingan membabitkan e-sukan.

Dengan tahap komitmen yang sama, Yoodo juga menyokong bakat tempatan dalam segmen muzik melalui ‘Yoodo Presents’ – siri konsert interaktif dalam talian pertama di Malaysia bertujuan mempamerkan muzik Indie tempatan seperti Modescape, An Honest Mistake, Battle Bloom, Sevencollar T-Shirt dan banyak lagi.

Mengulas mengenai perkongsian bersama LPFM, Tuck Mun berkata, “Walaupun kami adalah organisasi digital sepenuhnya yang memberi tumpuan secara konvensional terhadap segmen digital seperti e-sukan, kami turut sama teruja untuk mengambil inisiatif dalam sukan demi membantu mempromosikan gaya hidup yang lebih aktif di kalangan rakyat Malaysia. ”

“Sebagai satu jenama Malaysia, Yoodo dengan sukacitanya menganjurkan satu lagi inisiatif yang dapat menyerlahkan bakat tempatan Malaysia. Bermula daripada ‘gaming’ ke muzik dan kini sukan, kami memberi komitmen penuh untuk menyokong rakyat Malaysia mengejar cita-cita dan impian mereka,” tambah Tuck Mun.

LPFM, yang akan bermula Sabtu ini – 22 Jun 2019, akan dibahagikan kepada kategori Lelaki dan Wanita. Kategori Liga Lelaki terdiri daripada 9 pasukan dengan jumlah 16 perlawanan yang akan dipertandingkan di antara bulan Jun dan September manakala Liga Wanita mempunyai 4 pasukan dengan 12 perlawanan yang dijadualkan pada Julai hingga September.

Dalam pengumuman itu, Datuk Haji Rosmadi bin Ismail, Pengerusi Jawatankuasa FAM Futsal & Bola Sepak Pantai berkata, “Kami berterima kasih kepada Yoodo atas sokongan mereka. Liga ini akan bermula tidak lama lagi dan kami amat teruja untuk berkongsi berita hebat ini yang akan membantu menaikkan semangat Liga Premier Futsal Malaysia. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Yoodo dan membawa liga ke tahap yang lebih tinggi!”

Untuk butiran lanjut mengenai lawatan Liga Premier Futsal Malaysia, layari laman web rasmi liga tersebut di sini.