Penyerang terbilang Brazil, Neymr, hampir pasti akan berpindah ke kelab bola sepak Perancis, PSG, selepas beliau lulus pemeriksaan perubatan yang disyaratkan bagi membolehkan perpindahan bernilai £199 juta (RM1.1 bil) itu berlaku.

Menurut akhbar L’Equipe, pemeriksaan perubatan Neyma telah dibuat oleh Dr. Eric Rolland yang merupakan doktor bersama pasukan PSG.

Biarpun perpindahan tersebut belum muktamad, pihak Barcelona dilaporkan telah mula menggantikan poster yang mengandungi gambar Neymar, sambil mengarahkan peguam mereka mencari cara untuk menghalang bintang ternama mereka itu daripada berpindah kelab.

Barcelona telah mula mengubah poster pasukan mereka dengan menaikkan poster tanpa Neymar. Gambar: Goal.com

Berumur 25 tahun, berita perpindahan Neymar ke PSG semakin memuncak selepas pemain tersebut dilaporkan telah memaklumkan pihak pengurusan Barcelona bahawa beliau mahu meninggalkan kelab tersebut dan menerima tawaran PSG, selepas kelab dari Paris itu sanggup membayar RM1.1 bil, yang mana merupakan yuran pelepasan asas pemain tersebut.

Menurut laporan media Eropah, jika segalanya berjalan lancar, Neymar akan menandatangani kontrak selama lima tahun bersama PSG, dimana beliau akan menerima gaji berjumlah £49 juta (RM275 juta) setahun.

Adalah juga difahamkan bahawa perpindahan Neymar ke PSG mempunyai kaitan dengan Qatar Sports Investment yang memiliki kepentingan di dalam kelab bola sepak Paris itu kerana salah satu syarat perpindahan Neymar ke PSG adalah beliau perlu menjadi duta untuk Piala Dunia 2022 di Qatar. – sarawakcrocs.com

Comments
LATEST PROMOTIONSARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE