Home Fantasy Football Liga FPL Tribalex kembali untuk musim 21/22

Liga FPL Tribalex kembali untuk musim 21/22

Liga FPL Tribalex kini kembali dengan penyertaan kembali dibuka untuk penyertaan pengurus – pengurus pasukan Fantasy Premier League (FPL) dari seluruh Malaysia.

Liga Tribalex Half Season One 21/22 yang dianjurkan secara bersama oleh jenama pakaian Tribalex, Goldomine Enterprise dan SarawakCrocs dengan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM2,000 ditawarkan kepada pemenang – pemenang pertandingan.

Pertandingan yang dianjurkan saban tahun ini menjanjikan hadiah wang tunai dengan pembayaran dibuat setiap minggu.

Yuran pendaftaran untuk satu pasukan adalah RM30, atau RM25 untuk mana – mana pengurus yang menghantar lebih dari satu pasukan.

Bagi yang berminat menyertai Liga Tribalex GW1 – 19, anda boleh menghubungi REAL (+6016-8756183) atau DON (+6013-5693485) untuk mendapatkan lebih maklumat, syarat dan terma pertandingan, dan seterusnya mendaftarkan pasukan anda.

Penyertaan kepada liga dibuka 14 OGOS 2021.

Previous articlePKPD jejas penghantaran jersi Sarawak United kepada peminat
Next articleKes FIFA Sarawak United selesai