PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK TERKINI DI TELEGRAM MySARAWAK .

 

Jersi musim 2021 Sarawak United yang kini dijual tidak akan sampai kepada pembeli dalam masa terdekat.

Promosi RM1

Menurut kenyataan rasmi kelab tersebut, penghantaran jersi kelab tersebut kepada pembelinya telah terkesan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur dan Selangor.

Menurut kenyataan kelab tersebut, opererasi pusat pengedaran mereka terkesan secara langsung oleh PKPD, sekaligus menyaksikan kelewatan tersebut berlaku.

Dalam pada itu, pihak Sarawak United berharap bahawa pembeli akan bersabar menanti jersi yang dibeli.

“Dengan penuh kesal, pihak kami ingin memaklumkan bahawa akan terdapat sedikit kelewatan dalam penghantaran pembelian jersi dan keahlian anda sebelum ini.” kata kenyataan rasmi kelab tersebut.

“Keadaan ini berlaku kesan daripada pengistiharan perintah kawalan pergerakan diperketatakan di WP Kuala Lumpur dan Selangor. ini mengakibatkan operasi pusat pengedaran kami tergendala buat seketika.” jelas kenyataan itu lagi.

PKPD menutup kebanyakan sektor ekonomi sesebuah tempat dengan hanya perkhidmatan kurier dan pos sahaja dibenarkan beroperasi.

Jersi Sarawak United yang baharu kini dijual dengan harga RM99.

BELI JERSI SARAWAK UNITED

 

BELI JERSI SARAWAK UNITED