PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK TERKINI DI TELEGRAM MySARAWAK .

Sarawak United hari ini mengumumkan kelab tersebut telah menyelesaikan masalah tunggakkan wang terhadap bekas ketua jurulatihnya Juan Carlos Magro Oliva.

Menurut kenyataan kelab tersebut, penyelesaian masalah tersebut bermakna larangan perpindahan terhadap kelab tersebut telah ditarik balik.

Promosi RM1

“Kami ingin memaklumkan bahawa setelah penyelesaian tuntutan oleh Juan Carlos Magro Oliva, larangan perpindahan pemain oleh FIFA untuk jendela perpndahan januari 2022 telahpun dibatalkan” kata Sarawak United dalam satu kenyataan.

Magro merupakan ketua jurulatih yang mempunyai tempoh bersama kelab tersebut tersingkat setakat ini apabila beliau hanya berjaya melatih pemain utama kelab tersebut semasa pra-musim tahun lepas.

BELI JERSI SARAWAK UNITED

Beliau baru – baru ini telah membawa kes tunggakan gaji beliau ke FIFA, yang mana menyaksikan FIFA telah memihak kepada Magro.

Ini menyaksikan Sarawak United dikenakan sekatan perpindahan pada pintu perpindahan musim hadapan.

Penyelesaian kes Magro ini bermaksud Sarawak United boleh memperkasakan pasukan mereka untuk musim hadapan dengan kelab tersebut dilihat antara calon paling utama akan ke Liga Super musim hadapan.