Liga Bolasepak Rakyat Wanita edisi pertama akan memulakan kejohanan hari ini. Kejohanan tersebut dijadualkan berlangsung selama sebulan.
Pasukan – pasukan yang mewakili negeri Sarawak untuk Liga Bolasepak Rakyat Wanita adalah pasukan Sibu FA, Bintulu FA dan Samarahan FA.
Ketiga-tiga pasukan tersebut telah diundi dalam kumpulan A bersama satu pasukan mewakili Sabah, iaitu Sekolah Sukan Sabah.
Perlawanan bagi kumpulan A akan berlangsung esok di Padang UPM Bintulu yang menemukan pasukan Bintulu menentang pasukan Samarahan, dan Sekolah Sukan Sabah menentang pasukan Sibu. Kedua-dua perlawanan akan bermula jam 4 petang.




![[Friendly] Pelita 1-3 Sarawak](https://i0.wp.com/www.sarawakcrocs.com/wp-content/uploads/2014/06/Sarawak-vs-Selangor-031.jpg?fit=500%2C333&ssl=1)