Pasukan bola sepak yang masih ingin menyertai pertandingan kompetitif masih boleh menyertai Liga Bintulu 2019.
Menurut pengumuman oleh Persatuan Bolasepak Bahagian Bintulu (BIFA), penyertaan untuk liga tersebut masih lagi dibuka dengan sepak mula dijangka pada 5 Oktober ini.
Liga yang menawarkan jumlah hadiah melebihi RM12,000 itu akan bakal menyaksikan lima hadiah menjadi rebutan 12 pasukan bertanding.
Juara pertandingan bakal memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 dengan baucer barangan bernilai RM1,200, manakala pasukan naib juara akan pulang dengan wang tunai RM3,000 da baucer barangan bernilai RM800.
Bagi pasukan di tempat ketiga, wang tunai sebanyak RM500 bakal dimenangi dengan baucer barangan bernilai RM400 turut disertakan.
Kesemua pasukan di kedudukan tiga teratas bakal memenangi pingat dan piala.
Dua lagi hadiah juga disediakan pagi Anugerah Penjaring Terbanyak dan Anugerah Pemain Terbaik, yang mana pemenangnya akan memenangi piala dan baucer barangan bernilai RM200.
Adalah difahamkan beberapa pasukan dari Liga Bintulu akan kemudiannya melayakkan diri ke Piala YB Datuk Haji Talib Zulpilip yang akan diadakan selepas berakhirnya Liga Bintulu.
Pasukan bertanding dalam pada itu boleh mendaftar sebanyak 23 pemain yang berumur 16 tahun ke atas dan dikehendaki membayar wang pendaftaran sebanyak RM2,000.
Setiap pasukan akan kemudiannya diberikan satu set jersi beserta satu meja untuk majlis makan malam yang akan diadakan kelak.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Awang Abu Suhardi di 0149565760 atau Awang Madihi di 0148882470.
Tarikh akhir untuk mendaftarkan pasukan adalah pada 25 September 2019.