Pasukan Sarawak FA melengkapkan senarai empat pasukan ke Separuh Akhir Challenge Cup 2019 malam tadi selepas berjaya mengikat Johor Darul Ta’zim FC II (JDT II) di Stadium Sarawak.

Turun dengan misi mencuri sekurang-kurangnya satu mata, Sarawak menunjukkan semangat kental sepanjang perlawanan dengan beberapa serangan kilat juga berjaya dilancarkan.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

JDT II yang sudahpun layak ke Separuh Akhir acap kali mencabar pertahanan pasukan Sarawak namun keutuhan barisan pertahanan Sarawak yang diketuai Pedro Henrique bertahan dengan baik.

Perolehan satu mata itu lebih bermakna buat Sarawak yang terus berjaya memintas Kelantan FA, sekaligus menyaksikan pasukan bimbingan Denny Da’ail melayakkan diri ke Separuh Akhir pertandingan tersebut dengan kelebihan satu mata.

Selain Sarawak, turut melayakkan diribke separuh akhir Challenge Cup 2019 adalah JDTFC II, UKM FC, dan juara bertahan pertandingan Terengganu FC II.