Pasukan Kuching FA bakal mendapatkan siaran streaming secara langsung Ahad ini apabila mereka berkunjung ke Stadium Hang Tuah untuk menentang pasukan SAMB dalam Liga M3.

Kuching yang kini di kedudukan kedua liga, perlu menang perlawanan tersebut dengan siaran langsung tersebut dibuat melalui aplikasi Facebook Live Amateur Football League pada jam 4:45PM.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Peminat bola sepak Kuching yang mahu menyaksikan perlawanan itu secara langsung dalam pada itu boleh berbuat demikian dengan memuat turun aplikasi Facebook di telefon pintar maisng-masing.

Mereka kemudiannya perlu pergi ke laman Facebook Amateur Football League bagi membolehkan mereka menyaksikan siaran streaming secara langsung tersebut kelak.

Ini bukanlah pertama kali Kuching mendapat liputan perlawanan secara langsung di Facebook Amateur Football League kerana mereka pernah juga mendapat kelebihan itu sebelum ini.