Liga Betong bermula Sabtu ini tadi dengan pasukan Bersepai FC mudah menundukkan lawan Pan Borneo Highway 45, tujuh gol tanpa balas.
Pasukan Bersepai FC datang dari Kabong. Bersepai garang melalui hattrick Abang Ahmad Eizhan pada minit ke-7, 18, dan 93, manakala Syadam Rahmat, Mohd Azizul Hakim Abdullah, Nen Salim dan Mohd Azizul Haikal Abdullah menjaringkan satu gol masing-masing.
Liga yang dirasmikan oleh ADUN N36 Layar, Gerald Rentap Jabu, menyaksikan sebanyak sembilan pasukan sekitar bertanding untuk merebut kejuaraan liga bagi tahun 2018.
Menurut maklumat yang dihantar kepada kami, pasukan yang bertanding di Liga Betong akan turut berpeluang merebut Piala Timbalan Ketua Menteri Sarawak.
Adalah difahamkan Liga Betong menerima tajaan daripada Datuk Amar Douglas Uggah, yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak. – SarawakCrocs.com | Terima kasih Mohd atas makluman berita ini.