Presiden baharu Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Dato Posa Majais mengatakan beliau dan persatuan di bawah naungannya mengimpikan pasukan Sarawak yang terdiri 100% daripada anak Sarawak.

Oleh sebab itu, FAS akan mengambil lebih penekanan terhadap perkembangan pasukan Piala Belia dan Piala Presiden Sarawak mulai musim ini.

Untuk memastikan pasukan Sarawak tidak ketandusan bakat baharu, FAS telah merombak semula sistem pasukan Piala Presiden dan Piala Belia Sarawak untuk musim ini, sambil menekankan bahawa kedua-dua pasukan tersebut kini adalah sokongan kepada pasukan senior.

Posa yang ditemuramah Utusan Borneo menyatakan juga bahawa, FAS juga menekankan penggunaan pemain anak Sarawak di dalam pasukan senior musim ini, sekaligus memberikan pendedahan kepada anak Sarawak di dalam arena bolasepak.

28 COMMENTS

  1. Utk pemain2 local biarlah anak jati Swak shj. Klu pemain import ambillah yg berkualiti & ikut kemampuan FAS. Tak semestinya import mahal menjanjikan kejayaan. Ukur baju di badan sendiri. Semoga berjaya Ngap Sayot!!!

  2. tak kisah sangat,janji panaja sentiasa ada,dan pastikan stadium tidak kureng penonton baru panaja mau spon…jangan sampai tahun 1999-2009 berulang lagi..itu saja..

Comments are closed.