Masuk minit ke 79 di Stadium Likas, penyokong Sabah gelisah apabila Selangor berjaya menjaringkan gol. Ada yang sedih malah ada yang pulang awal seakan putus asa.

Minit ke 83, Likas kembali bergema untuk kempen Piala Malaysia. Jaringan penyamaan menyemarakkan semangat Sabah untuk membuktikan mereka bukan pelengkap pasukan.

Ketika pengadil sudah melihat jam di tangan dan bersedia untuk menamatkan permainan, satu rembatan jarak jauh Ricco Nigel mencecah jaring Selangor. Tamat permainan juara Piala Malaysia 33 kali tumbang.

Ada yang menangis ada yang hampir pengsan kerana gembira. Sudah lama penyokong Sabah tidak merasa nikmat kemenangan di pentas besar seperti Piala Malaysia.

Jelius Ating sekali lagi melakukan taktikal yang hebat. 2 pemain gantian berjaya menjaringkan gol dan memberikan kemenangan. Tiada siapa yang meletakkan sasaran tinggi kepada Sabah namun Jelius percaya dengan para pemainnya.

Pemain muda Sabah membuktikan mereka bermain demi lencana di dada.

6200 penyokong membanjiri Likas. Sudah lama magis ini tidak kelihatan dan saya pasti ia akan berterusan untuk 2 perlawanan akan datang.

Syabas kepada pasukan Sabah. Anda membuktikan tidak perlu bintang popular untuk memenangi perlawanan. Anda hanya perlukan semangat, sokongan dan sedikit tuah untuk menggembirakan hati penyokong setia. – SARAWAKCROCS.COM/JJF

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SarawakCrocs Tribal jersey