Khabar tidak rasmi dari Stadium Negeri hari ini memaklumkan kami bahawa Lee Jong-Ho bakal menjadi pemain tengah terbaharu pasukan Sarawak.
Menurut sumber kami, dengan pengambilan Teah Dennis, Mark Andrew Hartmann, dan kini Lee Jong-Ho, jumlah pemain import Sarawak bagi musim hadapan dikatakan ‘lebih kurang’ lengkap.
Jong-Ho mempunyai peluang cerah untuk dipilih berikutan kenyataan bahawa lebih sepuluh pemain import yang dipanggil Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) adalah pemain penyerang, sedangkan ketua jurulatih Sarawak, David Usop, telah sebelum ini menyatakan beliau memerlukan seorang pemain tengah import.
Penyenaraian Jung-Ho ke dalam pasukan Sarawak walaubagimanapun belum rasmi dengan keperluan beliau untuk lulus pemeriksaan perubatan di dalam masa terdekat.
INFO: For updates on football/futsal tournaments, check out our Calendar. For Sarawak 2017 transfer summary, go here.